Followers

Monday, January 24, 2011

Situasi hidup aku... Ep-1



11:35AM
mood: tension


agak terkejut amin bila tiba-tiba dia terpaksa ditukar ke johor...

"err~ cik kenapa tiba-tiba saya kena transfer" tanya amin dengan nada yang frust...

"saya tak ada pilihan pihak atasan yang mahukan kamu dipindah ke jb" (annisa (23tahun)

"tapi cik nissa saya tak ada sape-sape kat jb lagi pun"

"itu awak tak perlu risau saya dah urus segala-galanya" belum sempat amin menhabiskan alasannya annisa terus berlalu meninggalakan amin yang dalam kebingungan..


'teruklah macam ni,hampeh tol la minah ni aku belum habis cakap dia dah blah,
jb tu da la jauh,aku ni dah la tak ada transport nak kena biasakan diri kat tempat baru bukan senang haihh,cam ne dengan ayu,ishh aku kena tinggalkan dia jauh-jauh alamak'


"weh jom soru lapa ni,hai apa termenung jauh tu sampai ke texas nun haha" (amran (22tahun)

"tak de selera la der ko g la makan,aku kenyang lagi"

"ko asal weh semacam je,ada problem ke share la" tanya amran yg kehairanan dengan sikap amin.

"aku nak kena transfer kat jb,penat weh jauh tu aku mane pernah sampai sane,sedara mara pun tak ada"

"ala chill la der,macam la kat jb tu ada perang dunia hahaa" usik amran.

"kau ni wat aku tensen ada la..da la ko bla la malas aku layan ko"

amin terus berlalu meninggalkan amran,bimbang akan kekasih hati yang bakal terpaksa
ditinggalkan,jauh tu,maklum la zaman sekarang mana la nak jumpa org yg boleh setia lagi-lagi
bila dah berjauhan..


10:00 PM

ayu: "u comfirm ke nak ke jb min"

amin: "i have no choice la babe,i dah pening fikirkan masalah ni"

ayu: "amin why not u keja dengan papa je kan,tak akan u nak tinggal i jauh-jauh"
pertanyaan ayu benar-benar membuat amin tersentap,siapa tak mahu berkerja dengan datuk anep
usahawan yang paling berjaya di kl sebut je nama beliau semua orang kenal,tapi kerana sikap amin
yang tak mahu bergantung pada orang lain membuatkan dia terpaksa menolak dengan pelawaan ayu,dia tak mahu
orang melebelkannya yang bukan-bukan,maklum la persepsi orang kita'

amin: "er dah lewat jom i hantar u balik,takut papa n mama u risau pula"

ayu: "min kita belum habis lagi k"

amin: "err~ nanti i fikirkan k..jom?"

'orang tolong pun dia tak nak dasar betul la' bisik hati ayu dengan perasaan yang agak marah.'




'ishh apa aku nak buat ni,semenjak 2 ni ayu macam dah lain je,jangan kata nak call sms pun susah naluri aku selalu betul,tapi kali ni aku tak harap kau betul wahai naluri,tak akan la aku nak berhenti kerja pulak sebab ni tak profesional la,abis tu apa aku nak buat kalau ayu tinggalkan aku macammane? ishh tak akan la kan dia sayang aku hehe..esok dah nak gerak,baik aku call ayu hehee,mane fon aku ni.....'



tretttttt! tretttt! trettttttt!

'ehh apasal tak jawab ni'

'operetor': 'maaf no yang anda hubungi sedang sibuk,sila cuba sebentar lagi'

"bz apa da minah ni,memalam ni"

6:05PM
mood: blurr
situasi: sesak orang ramai
lokasi: larkin,jb...

alamak macam kl da hehe meriah gak jb ni,amboih awek kat sini lagi hot ehehhe...
ehh apakah ngan ayu ni dah la tak nak jumpa aku tadi,merajuk pulak dia,aku dah la tak reti nak memujuk,lantak la hehehe...baik aku terokai dulu jb ni,macam menarik,ehh dangabay kat ne erk..


setelah 6jam dalam bas akhirnya amin selamat tiba di jb,setelah puas meronda-ronda jb. pada keesokannya seperti biasa,amin pun memulakan rutin hariannya,walaupun agak kekok,biasalah ditempat baru la katakan, sebagai seorang yang tekun menjalankan tugasnya,amin selesa dengan rakan-rakan barunya,tapi ada jugak yang kurang senang dengan kehadiran amin,bagi kaki-kaki ampu biasalah dengan kehadiran pegawai baru sudah pasti menggugatkan mereka...

apartmen stulang laut
12:45 AM
mood: sad+boring

'dah seminggu aku kat jb ni ayu tak ada contact aku langsung,sedih la pulak
kat fb pun siap dah remove aku,tak akan la merajuk sampai macam ni,heys apa la nasib badan... hati ko rasa apa erkk,agak-agak dia dah ada pengganti aku ke,'padan muka ko' kuang asam tol,macam la aku ni bukan ko wahai hati hehhe..dah banyak hari aku kat jb ni tak ada ke orang jb ni yang nak jadi kawan baik aku.. ishh kalau ada kawan boleh gak ajak tengok wayang,cerita 'jangan baling batu' esok keluarkan alamak besh ni,hehe nak ajak siapa erkk hmmmm...ajak nadia ok gak ni dia kan single hehee kalau aku keluar dengan dia mesti tak ada hal cemburu hehehe...'



keesokannya....


macam biasa la jugak amin bangun lambat pergi kerja pun kelam kabut haiss apakah kau amin
seperti yang di plan semalam amin pergi menghampiri nadia...

9:15AM
situasi: kat opizz sebelum breakfast.
target: cik nadia (21tahun)


amin: "err~ cik nadia nak tanya boleh" dengan suara yang agak malu amin cuba mengayat

nadia: " yer encik amin sila la,nak tanya apa?"

amin: "cik nadia sihat? dah makan?"

nadia hanya tersenyum melihat telatah amin,tapi nadia seakan tahu niat amin..

nadia: "encik amin hari ni saya free b4 lewat malam,ada apa-apa ke encik amin"

amin: " er hehee kenapa awak cakap macam tu hehe saya tak tanya pun" terus merah padam muka amin ,mendengar kata-kata nadia,agak berbisa juga ye.

nadia: " ohh ye ke hehehe saya gurau je kalau macam tu tak apa la"

amin: "alamak hehe saya nak ajak cik nadia tengok wayang habis keje nanti eheee~~" dengan nada suara yang terketar-terketar amin meluahkan hasratnya pada nadia..

nadia: "baiklah tapi encik amin kena belanja saya keh,tunggu saya kat CS habis keje ni k"

amin: "baik cik nadia" sambil tesengeh kambing amin berlalu meninggalkan nadia...


6:20PM
panggung City square JB


seperti yang dijanjikan amin menunggu nadia,tiket pun amin dah beli hanya tinggal popcorn yang belum dibelinya, bayang nadia masih belum kelihatan,amin seakan makhluk asing menunggu disitu kerana rata-rata yang hadir adalah pasangan kekasih..

'haiss rindu pula kat ayu kenapa la dia buat aku macam ni T_T,senyap macam tu je,sms ke apa ke,langsung tak ada mentang la kau hot....yang nadia ni tah lambat tol,kata balik mandi gila kompem 8jam kalau macam ni...haiss baik aku beli popcorn dulu lapa la pulak hehe...'



6:33PM
situasi beratur panjang(~.~)

'apasal la dorang ni,tengok wayang je beli popcorn,beli popcorn je tengok wayang,cuba la sesekali beli mcd ke kfc ke burger ramli ke,asek benda sama je tak boring ke,cheehh aku pun sama je ekekekee..."


"ye cik boleh saya bantu"

'gulpp mak aiiiiii,aku disyurga ka,fuihhhh....'

"encik nak popcorn" amin ternganga kejap bagai diawang-awangan melihat kejelitaan gadis yang menjaga kaunter popcorn tersebut,

amin: "errr~~ besar nak yang besar punyerr" =blurrrr=

"er~ apa yg besar encik" sambil tersenyum gadis itu menjawab,bertambah cairla amin melihat senyuman bak bidardari yang menampakan lesung pipit dipipi kirinya....




bersambung......


author: mR.cerpen
picture: lakaran hidupku

4 comments:

Mra Mastura said...

uhuk.. aku rase nak sekeh si amin ni. gataiii

Huda~ said...

fuyoo lesung pipit d pipi :0.. hehe.
japp ape yg besar??

amira said...

hehe..best2

nelly said...

haha ..
syok !!
=)