Followers

Saturday, April 9, 2011

Ikhlas ku mencintaimu

Bangun ku dari tidurku. Mencapai papan kekunci kotak empat segi di hadapan ku. Terpampang di skrin, Facebook. Tempat menghubungkan aku dan putera kacak. Tempat aku melihat aktiviti dia. Tempat aku ketawa melihat dia. Tempat aku melepaskan rindu dendam sekian lama. 

"Kalau ikhlas, tak minta dibalas."

Bait2 lirik lagu, "kalau cinta - Aliff Aziz," terngiang -ngiang di minda. Seakan memberi aku kekuatan untuk terus mencintai dia. Terus menyayangi dia. 

Tapi hati semakin sakit. Mata asyik mengeluarkan air yang membawa ku ke dalam alam sedih. Basah pipi. Tidak ku usap segala air yang terjatuh. Kerna itulah, pengorbanan ku.. Kerana cinta. 

"ya, kau buat ape je ari ni?", tanya En. 

Aku yang mengelamun cepat2 menutup windows tadi. Tertangkap saat ku sedang berair mata menatap wajah si dia. 

"tak buat ape2 lah.. kekekenapa?," gagap ku menyembunyikan perasaan yang mengencam dada.

Sambil mendekati ku, En berkata, " kau menangis lagi ke? sebab dia? cakap lah dengan dia

Aku menggeleng. Tidak mungkin aku membuat diri dia rasa annoying. Cukuplah sebelum ini, aku buat macam2. aku takut dia akan membenci aku. 

"Dia dah tak layan aku. datang singgah blog pun dah tak ada. Sedih." kata aku menyeka air mata di tubir mata. 

"Ye ke? eh, kau tau kan dia kerja sekarang? Busy lah tu. Jangan fikir sangat lah. okay? chillax! Fahamlah dia kalau kau kata sayang."

Terdiam aku di saat itu. Kenapa sukar untuk aku terima kenyataan tu. Aku tau dia kerja. Aku tahu dia sibuk. Kenapa aku tunjuk macam aku tak faham dia? Argh perasaan. Kenapa kau membuat aku begini? Kenapa kau mainkan hati dan perasaan aku. Aku tak patut memarah dia. Sedangkan ini hanya cinta bertepuk disebelah tangan. Haish. 

Tapi bila aku kata aku tak mahu kacau. Tangan aku pasti segera mendail telefon, atau mengacau di chat. Arh. Aku tak mampu menjauhkan diri aku dari dia begini. Aku semakin tersepit. Meneruskan atau membiarkan.

"alaa.. jangan la let go.. dia busy aje tu.. kau lek lek dulu okey?" pujuk G.

"cuba msg aje dia. nanti dia balas lah.." 

Ramai memberi sokongan. tapi adakah sokongan itu hanya untuk mengambil hati aku? Hanya aku yang memberi .. dia menerima atau tak, aku tak tahu..

"do my feeling reach him?" berkali2 pertanyaan itu timbul di fikiran. Sentap di situ. Sekali lagi aku marah pada diri. 

"Sudah. Kau dah kata, kau ikhlas sayang kat dia. Tak perlu tunggu panggilan, balasan. Sebab kau sendiri kata, dia bahagia dah cukup bagi kau. walaupun dia dengan orang lain. Biarlah kau sendiri yang sayang dia. tak perlu apa apa balasan kan? kenapa susah nak berpegang erat dengan kata kata sendiri? sabarlah. If he's yours, it's worth the wait, right? Sabarlah hati. "
Sekali lagi monolog dalaman menyedarkan aku.. 

Ye, aku ikhlas mencintai dia. dan aku tak kisah dengan balasan. Biarlah aku terus begini. 



1 comments:

senyumSOYA said...

If he's yours, it's worth the wait, right? Sabarlah hati...

yepp...dat's true..