Followers

Saturday, December 8, 2012

Kegagalan, seungkap kata seorang anak lelaki.

Chapter One.

Mungkin azizie tak pernah terbayang akan ada hari yang teramat sedih muncul dalam hidupnya, march 2010 azizie mendapat berita akan pertunangan norul imani, tidak ada apa-apa yang mampu di bayanginya selain kesedihan dan kesakitan, penantian dan impian yg di harap musnah begitu sahaja, azizie berdiri di balkoni kondo yang tinggi sambil merenung jauh ke bawah, terfikir sejenak untuk terjun ke bawah agar segala kesakitan yang di rasa lenyap bersama, azizie lantas mencapai mp3 recorder lalu di tekan punat button merahnya, 

semua dah berkhir, mungkin benar apa yang kau bagitau dulu, cinta tak semestinya dimiliki, aku cuba menerima dengan redha dan pasrah, tapi aku tak berdaya, aku tak pernah kenal kebahgiaan sebelum ku kenal kau, setiap saat aku menanti kau, setiap malam aku menanti agar kau muncul walau dalam mimpi” 

azizie terhenti seketika, fikirannya menjadi kosong, tiba-tiba dia teringat kali terakhir dia berjumpa dengan norul setiap bait-bait ayat yang dilafaz norul segar di ingatan, 

 zie, dengar sini norul tak boleh terima zie, norul sayangkan zie, sebagai seorang sahabat, norul janji akan sentiasa jadi sahabat zie norul akan jaga zie sebagai seorang sahabat, tapi norul nak zie tolong norul, jaga diri zie tuk norul, norul cuma harap zie faham dengan situasi norul, zie apa yang norul belajar dan faham cinta tak semestinya dimiliki, norul harap zie pun faham dan belajar, walaupun norul tak dapat jaga zie, tapi norul percaya zie akan tunaikan permintaan norul, teruskan hidup cari kebahgiaan zie, maafkan norul, kita akan jadi sahabat.” 

Itulah hari terakhir azizie melihat wajah norul, setelah bertahun berlalu akhirnya khabar pertunangannya tiba, walaupun azizie sedar yang hari ini akan tiba jua, namun melawan perasaan cinta bukanlah semudah yang di sangka, “norul aku akan tunaikan janji aku” dan azizie terus mematikan recordernya, sejenak dia termenung melihat akan keindahan malam yang bersinar,

Tuesday, December 4, 2012

tik tik tik tik.

hari demi hari. masa tetap berjalan, mulakan hari yg baru, itulah kata hati yg selalu bermain di fikaran, tapi hakikatnya penantian tak pernah berakhir.

hampir 6 bulan dia pergi tanpa khabar dan berita, kadang bertanya jugak kemana hilangnya. nak bertanya tiada bertempat, nak dilupa tak terdaya.

hari ini genap hari pertemuan kami, tak di catat tapi jelas di ingatan, tapi sampai bila mampu di kekalkan dalam ingatan.

tik tik tik tik.
masa tak pernah berhenti kalau bisa aku hentikan.
kalau bisa aku putarkan.

masa menjadi percaturan, takdir menjadi hakimnya.

biar sepi tak berteman dari berteman sepi.

mR. cerpen

KERETAPI.



KERETAPI.

kami duduk bertentangan. aku tak mampu bersuara, aku tak pasti apa yg aku buat ni betul atau salah. fara amira natasya yg ingin pergi jauh kerana tak mahu di jodoh kan dengan lelaki pilihan keluarganya. fara amira natasya seorang gadis yg manja tapi agak pendiam dan banyak habis kan masa dengan melukis, dan aku adalah kawan baiknya.

walaupun aku kawan baiknya tapi ntah kenapa kami tak banyak berbual dan kalau bertemu kami banyak habiskan masa dengan mendiamkan diri, tapi dalam perjalanan kami yg tiada hala tuju ni fara kelihatan agak muram dan banyak habiskan masa dengan melukis. aku hanya memerhatikan, sepanjang 3 jam perjalanan fara hanya diam, aku terima sms dari fara pagi tadi yg tertulis "teman saya nak pergi jauh jgn tanya apa apa, jumpa kat kl sentral" 

1 jam kemudian.


"fara awak dah makan" fara hanya diam dan memandang aku, lalu aku pergi membeli sedekit makanan, aku tertanya-tanya kenapa gadis yg tinggi lampai bak modeling seperti fara amira natasya ni menjadi seorang yg sangat dingin..

Sementara di rumah kedua ibu bapa fara, keadaan agak tegang, ibu fara begitu marah dengan tindakan fara, 'abg kena pergi report polis, kalau dia kawin lari ikut jantan macam mana, ini semua salah abg' marah ibu fara kepada ayah fara, 'heh elok la tu yg awak nak paksa budak tu kawin kenapa kan dia dah kawin lari saya tak nak masuk campur' kata ayah fara sambil tersenyum sinis.

sebelum fara pergi dia sempat berjumpa ayahnya dan meminta izin dari ayahnya, sejak dari kecil fara memang rapat dengan ayahnya, nasib la ayahnya seorang yg memahami.


"saya tau awak nak cakap apa, awak tak payah nak cakap apa apa sebab keputusan saya muktamat, awak tak berhak nak masuk campur'' belum sempat aku duduk fara bersuara, dan aku hanya tergamam sebentar, aku cuba bertanya tapi masih risau kalau-kalau fara terasa hati, "apa maksud awak fara, saya nak bagi awak air coke ni je, mana tau awak haus ke" dengan perlahan lahan aku meletakkan di mejanya, fara hanya memandang aku dan terus diam.