Followers

Monday, January 24, 2011

Situasi hidup aku... Ep-1



11:35AM
mood: tension


agak terkejut amin bila tiba-tiba dia terpaksa ditukar ke johor...

"err~ cik kenapa tiba-tiba saya kena transfer" tanya amin dengan nada yang frust...

"saya tak ada pilihan pihak atasan yang mahukan kamu dipindah ke jb" (annisa (23tahun)

"tapi cik nissa saya tak ada sape-sape kat jb lagi pun"

"itu awak tak perlu risau saya dah urus segala-galanya" belum sempat amin menhabiskan alasannya annisa terus berlalu meninggalakan amin yang dalam kebingungan..


'teruklah macam ni,hampeh tol la minah ni aku belum habis cakap dia dah blah,
jb tu da la jauh,aku ni dah la tak ada transport nak kena biasakan diri kat tempat baru bukan senang haihh,cam ne dengan ayu,ishh aku kena tinggalkan dia jauh-jauh alamak'


"weh jom soru lapa ni,hai apa termenung jauh tu sampai ke texas nun haha" (amran (22tahun)

"tak de selera la der ko g la makan,aku kenyang lagi"

"ko asal weh semacam je,ada problem ke share la" tanya amran yg kehairanan dengan sikap amin.

Sunday, January 23, 2011

Ceritera aku dan dia : Suatu masa dahulu



Aku lebih senang memperkenalkan diri aku sebagai aku dan dia sebagai DK. Inilah kisah kami. Aku masih ingat hari tersebut. Hari khamis di akhir bulan Mac. Aku berada di Kedah dan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa pergi ke JPJ Alor Setar untuk menguruskan beberapa hal berkaitan dengan lesen aku. Dikala kesibukan menunggu giliran, aku ternampak dia sedang bersembang dengan seorang rakannya. Ya, aku terpaku. Tanpa aku sendiri sedari, aku bergerak dan terus menegur dia. Memang aku agak mesra alam. Jadi, adalah sesuatu yang normal untuk aku menegur seseorang meskipun he or she is a stranger.

Barulah aku tau bahawa dia bernama DK dan rakan baiknya itu senang aku kenalkan dengan nama Adila. Setelah lama bersembang, tiba giliran mereka. Setelah tamat urusan mereka di kauter JPJ tu, aku terus meminta facebook mereka berdua. Well, I thought that it’s gonna end just there, but boy, how am I gonna be wrong.. Pada malam tersebut, setelah friend request aku diterima, hampir sepanjang malam kita chat di chatbox fb. Aku masih ingat saat tersebut. Ianya berterusan selama beberapa malam. Di mana kemudiannya, aku harus pulang ke Kuala Lumpur. Selama beberapa lama, kita hanya menjadi kawan yang bertemu secara maya. Pada suatu hari, aku dengan sinis meminta phone number DK. Memang aku tak sangka yang dia akan memberikannya begitu sahaja. Dan pada malam itu juga, aku sms DK. Aku tak pernah rasa sehappy hari itu. Setelah sekian lama aku mengunci hatiku, dialah yang pertama berjaya membukanya.

Saturday, January 22, 2011

Putera itu kacak .. Part 1



Nama aku Asma. Ini kisah aku dengan Si Putera Kacak. Oh, kisah apa? Kisah aku minat pada seorang lelaki. Panggilan dia Si Putera. Aku yang decide sendiri. Kenapa? Sebab dia kacak dan macam putera. Dari pandangan aku lah. Story begins here. Blogspot. XD

September

"Apa pulak aku nak buat hari ni.. blog nak update ape ek.. bw aje lah", rungut aku.

Balik cuti lepas cuti raya. Aku tak ada kerja. Aktiviti aku hanya main komputer. Blogging dunia baru aku sejak putus cinta. Ya, itu aja cara aku nak mengubat hati lara. Masa ni, aku blogging hanya suka suka. Followers blog pun still below 20. Mostly kawan2 aja. He He. Noob lagi, bahasa internet.

"Contest Baju Raya by Ugly Duckling" (bukan nama sebenar)... terperasan ini contest. Wah, macam best. lagi pun ni 1st contest aku nak join. So, cuba lah. Published aja entry, aku pun komen lah kat link contest. Sebab masa terluang, aku usha satu persatu peserta peserta lain. Wah, menarik nya gambar2 they all. Aku biasa2 aja.

Time tu ada lah tersinggah kat blog seseorang ni.

" wahhh, Semart hell pic die!! handsome pn , boleh tahan.. ", hati wanita aku berkata.

Ahaha. poyo kan? tapi aku tak follow lagi blog tu. Aku bw sekejap2 aja.

Dipendekkan cerita, result contest tu pun keluar. And guess what, that handsome boy menang! Memang lah kan kena lah sangat dengan tema dan gambar pun memang lawa. Jealous i noq! Tapi tak apa, 1st try lagi.

Thursday, January 20, 2011

Selamat datang --> Jumpa lagi


As-salam....kepada semua warga blogger saya sangat membarui diri dalam dunia blogging ni hehee.. tengok orang sibuk berblog awak pun sibuk la nak berblog hehee..apa salahnya nak majukan so teruslah kita berdiri dihadapan...
jangan pandang belakang hehee....(tak ada motif langsung hahaa)

aku baru-baru ni dah jatuh cinta dengan cerpen A.K.A CERITA PENDEK tu yang aku berkobar-kobar semangat nak buat blog kalau korang ada cerpen yang menarik kongsikan la kat aku ye,aku kumpul sebanyak yang boleh cerpen ni hehee....tq sebab sudi buang masa membaca artikel mengenalan aku ni...call me mR.cerpen :P