Followers

Saturday, December 8, 2012

Kegagalan, seungkap kata seorang anak lelaki.

Chapter One.

Mungkin azizie tak pernah terbayang akan ada hari yang teramat sedih muncul dalam hidupnya, march 2010 azizie mendapat berita akan pertunangan norul imani, tidak ada apa-apa yang mampu di bayanginya selain kesedihan dan kesakitan, penantian dan impian yg di harap musnah begitu sahaja, azizie berdiri di balkoni kondo yang tinggi sambil merenung jauh ke bawah, terfikir sejenak untuk terjun ke bawah agar segala kesakitan yang di rasa lenyap bersama, azizie lantas mencapai mp3 recorder lalu di tekan punat button merahnya, 

semua dah berkhir, mungkin benar apa yang kau bagitau dulu, cinta tak semestinya dimiliki, aku cuba menerima dengan redha dan pasrah, tapi aku tak berdaya, aku tak pernah kenal kebahgiaan sebelum ku kenal kau, setiap saat aku menanti kau, setiap malam aku menanti agar kau muncul walau dalam mimpi” 

azizie terhenti seketika, fikirannya menjadi kosong, tiba-tiba dia teringat kali terakhir dia berjumpa dengan norul setiap bait-bait ayat yang dilafaz norul segar di ingatan, 

 zie, dengar sini norul tak boleh terima zie, norul sayangkan zie, sebagai seorang sahabat, norul janji akan sentiasa jadi sahabat zie norul akan jaga zie sebagai seorang sahabat, tapi norul nak zie tolong norul, jaga diri zie tuk norul, norul cuma harap zie faham dengan situasi norul, zie apa yang norul belajar dan faham cinta tak semestinya dimiliki, norul harap zie pun faham dan belajar, walaupun norul tak dapat jaga zie, tapi norul percaya zie akan tunaikan permintaan norul, teruskan hidup cari kebahgiaan zie, maafkan norul, kita akan jadi sahabat.” 

Itulah hari terakhir azizie melihat wajah norul, setelah bertahun berlalu akhirnya khabar pertunangannya tiba, walaupun azizie sedar yang hari ini akan tiba jua, namun melawan perasaan cinta bukanlah semudah yang di sangka, “norul aku akan tunaikan janji aku” dan azizie terus mematikan recordernya, sejenak dia termenung melihat akan keindahan malam yang bersinar,

Tuesday, December 4, 2012

tik tik tik tik.

hari demi hari. masa tetap berjalan, mulakan hari yg baru, itulah kata hati yg selalu bermain di fikaran, tapi hakikatnya penantian tak pernah berakhir.

hampir 6 bulan dia pergi tanpa khabar dan berita, kadang bertanya jugak kemana hilangnya. nak bertanya tiada bertempat, nak dilupa tak terdaya.

hari ini genap hari pertemuan kami, tak di catat tapi jelas di ingatan, tapi sampai bila mampu di kekalkan dalam ingatan.

tik tik tik tik.
masa tak pernah berhenti kalau bisa aku hentikan.
kalau bisa aku putarkan.

masa menjadi percaturan, takdir menjadi hakimnya.

biar sepi tak berteman dari berteman sepi.

mR. cerpen

KERETAPI.



KERETAPI.

kami duduk bertentangan. aku tak mampu bersuara, aku tak pasti apa yg aku buat ni betul atau salah. fara amira natasya yg ingin pergi jauh kerana tak mahu di jodoh kan dengan lelaki pilihan keluarganya. fara amira natasya seorang gadis yg manja tapi agak pendiam dan banyak habis kan masa dengan melukis, dan aku adalah kawan baiknya.

walaupun aku kawan baiknya tapi ntah kenapa kami tak banyak berbual dan kalau bertemu kami banyak habiskan masa dengan mendiamkan diri, tapi dalam perjalanan kami yg tiada hala tuju ni fara kelihatan agak muram dan banyak habiskan masa dengan melukis. aku hanya memerhatikan, sepanjang 3 jam perjalanan fara hanya diam, aku terima sms dari fara pagi tadi yg tertulis "teman saya nak pergi jauh jgn tanya apa apa, jumpa kat kl sentral" 

1 jam kemudian.


"fara awak dah makan" fara hanya diam dan memandang aku, lalu aku pergi membeli sedekit makanan, aku tertanya-tanya kenapa gadis yg tinggi lampai bak modeling seperti fara amira natasya ni menjadi seorang yg sangat dingin..

Sementara di rumah kedua ibu bapa fara, keadaan agak tegang, ibu fara begitu marah dengan tindakan fara, 'abg kena pergi report polis, kalau dia kawin lari ikut jantan macam mana, ini semua salah abg' marah ibu fara kepada ayah fara, 'heh elok la tu yg awak nak paksa budak tu kawin kenapa kan dia dah kawin lari saya tak nak masuk campur' kata ayah fara sambil tersenyum sinis.

sebelum fara pergi dia sempat berjumpa ayahnya dan meminta izin dari ayahnya, sejak dari kecil fara memang rapat dengan ayahnya, nasib la ayahnya seorang yg memahami.


"saya tau awak nak cakap apa, awak tak payah nak cakap apa apa sebab keputusan saya muktamat, awak tak berhak nak masuk campur'' belum sempat aku duduk fara bersuara, dan aku hanya tergamam sebentar, aku cuba bertanya tapi masih risau kalau-kalau fara terasa hati, "apa maksud awak fara, saya nak bagi awak air coke ni je, mana tau awak haus ke" dengan perlahan lahan aku meletakkan di mejanya, fara hanya memandang aku dan terus diam.

Monday, May 28, 2012

Gula lah Awak.


'Hari ni jumpa dia! Nervous nya!' monolog Liya. Bangun pagi itu yang difikirkan. Pakaian untuk hari ni belum dapat keputusan lagi. Macam nak pergi Grammy Awards pula lagaknya mencari baju sesuai. Langkah pantas kaki menuju ke almari, 10saat berfikir, terus satu helai t-shirt Hello Kitty dicapai, cardigan putih, seluar jeans biru gelap dan tudung putih dikeluarkan. 'Simple je sudeh..', senyum Liya sambil memandang baju-baju nya yang lain.

"Baju penuh satu almari pun tak de baju jugak ke dik?" sindir akak Liya. Gelak berdua beradik itu.

"Pukul berapa keluar?", tanya akak.

"Lepas solat Jumaat lah. 3 kot," jawab Liya sambil menuju ke bilik mandi.

Ketika mandi, sempat fikiran 'Liya teringat kejadian minggu lepas. Tiba tiba satu SMS dari Izien diterimanya. Dia tahu Izien dah balik untuk bercuti tapi tidak pula dia terfikir Izien nak datang ke rumah nya seawal itu. 

"Liya, Iz turun JB hari Isnin and Selasa boleh tak? Lepas tu kite jalan2 sekali, ley?" 

Liya hanya setuju. Tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan, Izien hanya dapat datang JB hari Jumaat sampai Ahad bersama seorang rakan nya. Jumaat tu hari ini lah. Liya berlagak tenang tapi dalam hati jantung dia berdegup laju macam baru lepas lari 100m. 

Selesai membantu mak di dapur, Liya masuk ke bilik dan dapat satu miss call and SMS dari Izien. SMS dibuka dan dibaca. 

"Iz lambat sikit. pukul 4 kot. Hantar kereta pergi workshop. Repair sikit.". 

Liya hanya membalas "ok". Dalam fikiran, apalah yang mereka nak bualkan nanti?

Liya bersiap serta merta pada pukul 330, dengan lens pink dan tudung putih. Tergelak sendiri melihat diri sendiri. 'macam budak sekolah je aku ni', kata Liya

Pukul 4, Izien pun tiba. Tersenyum sendiri Liya dan terus masuk ke kereta. Awkward sedikit walaupun mereka dah pernah berjumpa tapi kali ini berjumpa selepas ada sesuatu berlaku antara mereka. Rasa gugup Liya semua datang kembali bila Iz tersenyum pada dia. "Jangan la senyum nak manis.. ish dia ni", marah Liyadalam hati.

Izien simple juga hari ni. Hanya berkemaja biru dan seluar lusuh. Tetap sweet dan handsome di mata Liya. Err fikiran tu hanya dalam kepala otak Liya je la. Takkan nak cakap kuat-kuat. -___-'

Tiba-tiba Izien bertanya, "Kat mana ada Secret Recipe?" Liya dah pelik. Dah kenapa cari SR sangat dari hari itu? Mujur jarak rumah Liya dan Secret Recipe terdekat hanya 5minit. Sampai SR, seperti biasa gentleman Izien cepat2 keluar dari kereta dan buka pintu untuk Liya. Liya dah biasa dengan layanan dari Izien yang sememangnya gentleman dengan sesiapa pun. Liya hanya tersenyum dan bersama-sama mereka masuk ke SR. 

"Liya nak mana? Choc Indulgence tak nak?"
"Tak nak lah. Alaa yang biasa nya tak de..Amek Pecan je lah"

Izien beli 2 potong kek dan membayar. Liya terus tanya, "nak makan bila?".. Izien menjawab, "nnti lah malam sikit. Ni kite pergi tengok wayang dulu okay?" .. Mereka masuk ke dalam kereta, dan menuju ke Jusco Tebrau.  

Perbualan didalam kereta selalu random. Liya tak tahu nak bual apa. Izien pun senyap dan hanya sesekali dia sentuh pipi Liya. "Rindu".. itu saja kerap bermain di bibir Izien. Liya hanya menahan getar di hati. Mamat gula. Tanam tebu kat bibir kan? Hehe.. 

Tiba di mall, mereka segera pergi ke cinema di tingkat 3. Izien nak sangat tengok MIB 3 so Liya layankan aje. Izien pilih Beanieplex, tak nak cinema biasa. 

"Beanieplex lagi laki ni," getus hati Liya. Tapi sebab Izien yang belanja, dia ikut sahaja.

Ada lagi 30minit untuk masuk ke cinema, mereka berdua berjalan ke sekitar kedai berdekatan. Izien pantas memegang tangan Liya dan menggenggam erat. Liya hanya biarkan sahaja. Boleh dikatakan semua kedai baju Izien akan tarik tangan Liya masuk. Izien suruh Liya pilih baju, sebagai hadiah hari jadi katanya. Tapi bila ada baju yang Liya nak, saiz tak muat. Rungut2 Liya pilih baju. Izien hanya trgelak melihat telatah comel Liya. Muncung sedepa semua nya ada. "Org tak gemuk tauu.!", rengek Liya. 

Masuk ke kedai teddy bear. Liya terus nampak satu teddy bear merah. Comel. Izien cakap, "nanti org belikan, jangan letak atas almari,". Liya hanya tergelak. Sebab semua teddy bear dia semuanye dah dibungkus dan disusun atas almari. Katil tak muat nak letak semua. Teddy bear juga tak jadi dibeli. Liya hanya sengih sahaja. Dia malu sebenarnya nak terima hadiah macam macam dari Izien. Tak terjawab soalan dari ayah nanti.

Mereka menghabiskan masa lagi masuk ke setiap kedai dan juga arcade. Izien ajak buat kad bergambar di mesin kamera tu. Tapi manusia yang sepatutnya menjaga kaunter pula tiada. "Cisskek, melepas aku nak gambar berdua dgn Iz," marah Liya.

 Selepas itu, mereka pergi masuk ke dalam Beanieplex dan menonton Men In Black 3 selama 2jam. Izien banyak melayan Liya ketika itu. Pantang tergerak kaki sedikit sebab lenguh, Izien letak kaki Liya diatas kaki dia. Liya kesejukan, Izien genggam tangan  tak nak Liya sejuk. Liya suka, dalam hati. 

Lepas habis tu, mereka solat dan bersiap untuk pulang. Tapi ada juga sempat si Izien menarik Liya masuk ke MNG dan kedai2 lain di tingkat bawah. Tak ada juga yang berkenan di hati..

Sebelum masuk ke kedai seterusnya, Liya terus teringat kek. "Kek nak makan mana?" 
"Iz ingat nak makan tepi Danga Bay je. Nak? Sempat kan before 10?" 
"Sempat!! pergi sekarang lah", padahal Liya taknak masuk kedai lagi. hehe

Mereka beriringan tangan ke kereta. Sempat menyempat Iz menangkap gambar kandid Liya yang mengikat tali kasut semua. "macam budak sekolah la awak," cakap Izien. "aku tau dah aku comel kan?", gelak Liya dalam hati. Sempat lagi nak masuk lif tekan butang sendiri.

Laju-laju Izien memandu sampai ke Danga Bay. Liya keluar kereta. Tiba-tiba Izien buka bonet kereta dan mengeluarkan gitar dia. "eh?".. Izien hanya tersenyum pada Liya.

Liya teringat, sebelum birthday dia haritu, Izien cerita yang dia ada prepare surprise celebration di tempat dia. Tapi sebab kesuntukan masa, Liya tak singgah. Izien cakap dia dah makan semua cupcake and tak dapat nyanyi kan lagu dengan gitar. Kali ni, nampaknya barulah Liya tahu kenapa Izien beriyer-iyer nak beli kek dari tadi. haih penuh dengan gula lagi. 

Mereka duduk di hujung Danga bay. Berhadapan kapal2 layar yang ada. Izien keluarkan kek, keluarkan lilin yang entah bila dia pesan masa beli tadi, dan keluarkan gitar. Liya dah gelak2 dah. Walaupun sebenarnya dia tahan malu. Nasib baik malam, boleh la juga kalau muka dia kemerahan tak nampak pun. 

Izien terus nyanyi lagu Happy Birthday. Key rendah sangat, suara dia pun slow. Mungkin malu kat area public. Liya hanya tersengih. Dia tak tahu nak bagi respon apa. Habis je Iz menyanyi, Liya tepuk tangan dan pandang ke tempat lain. Mata dia berair sedikit tapi dia tak nak izien tahu dia tertouching. 

Mereka ambil gambar, potong kek dan Izien suap Liya beberapa kali. Sangat dimanjakan ya Liya -.-'

Sedang Liya makan, Izien menyanyi lagu OST Adamaya "Yang Terindah". Hampir tersedak Liya dengar Iz menyanyi bait bait lirik lagu tu. lagu faveret Liya. 

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Hati Liya dah tergetar. Ala lirik je pun. Bukan nya Iz maksudkan pun. Getus hati Liya. Dia memang suka Izien, tapi mereka tak akan dapat bersama. tengah Liya layan lentok, boleh pulak Iz hilang suara tengah tengah nyanyi tu. Tergelak besar Liya mendengar nya. Izien kate nyanyi depan semua orang boleh, tapi depan Liya gugup la. -.-' Heh, ayat gula dia dah keluar dahhhhhh.

Selepas 5minit, Iz sambung nyanyi. Kali ni Liya saje nak rakam video. Dia taknak tengok Izien depan2 mata lagi. Malu kot. Izien pun bila da dirakam boleh pulak nyanyi keluar suara. Liya rakam, tapi otak dia fikiran melayang. "kalau la kau boyfie aku.. haha..gurau"....

Then after tu, mereka berbual. Dah nak pukul 10, they are heading back to the car. Dalam kereta Liya tolong tunjuk jalan nak balik. Dah dekat dah pun cuma Izien je la tak tahu jalan sangat. Izien pula tetap genggam tangan Liya. Liya genggam balik and fikir, "kan best kalau masa boleh stop sekarang.." Mungkin kah mereka sama-sama fikir benda yang sama?

Hati Liya berbelah bahagi. Dia suka Izien, and dia pun tahu Izien suka dia. Izien yang beritahu. Tapi entah. Mereka tak pilih untuk bersama. Izien cakap hati dia nak orang lain. Tapi nanti kesian kat Liya. Amboi... Tapi entah, complicated dah ni..Dia tak tahu nak mana satu. Ciskek kan? Nak ke taknak? Hati lelaki Iz, susah Liya nak faham.

Dengan itu,  hanya ada satu jalan je lah. mereka setuju jadi kawan. Liya la yang usulkan. Tapi tiba tiba esok nya, Izien panggil dia sayang, dan sebagainya.. Macam Liya tak pernah msg dia apa-apa. Liya dah pening dengan mamat gula ni. Panggilan mamat gula, kilang gula, ayat gula 66kg tu memang Liya bagi kat Iz sebab bagi dia tu semua kata-kata Izien nak ambil hati. Bila ditanya, bukannya Izien maksudkan. Sebab itula Liya selalu jaga hati dia dari terjatuh hati buat kali kedua. Cukuplah sekali. 

Bila sekarang, dekat rumah, Izien dah balik KL, Liya mula terasa rindu. Tiada sms dari Izien. dan memang Liya tak akan sms Izien dahulu. Dia tak nak jadi mcm timba cari perigi. Rindu dia sampai dia terasa pelik dengan diri sendiri. Kalau boleh, dia nak lenyapkan semua nya. 

Bila dah lama sangat, Liya mula hantar 1 msg, Izien terus call. Aisey Iz ni.

"Liya ingat Iz dah tidur?",jawab Liya selepas tekan butang hijau

"lum. tunggu msg dari Liya la. senyap je. kenapa? Iz rinduuuu Liya... "

Liya diam dan tersengih. Gula. Bila nak habis gula awak ni? Liya boleh kena diabetes dah ni -.-'


Huhu..  "I miss you too," cakap Liya dalam hati..



p/s for now, just follow the flow~

Friday, September 23, 2011

teman biasa

Melihat dirimu dari jauh
sudah puas untuk diri ku
tersenyum melihat kau senyum
sedih melihat kau sedih
tersiksa bila kau sakit
tapi apa boleh aku lakukan
kita jauh antara satu sama lain

meski kita berbicara
hanya dua tiga kata sahaja 
itu sudah cukup buatku
kerna diri ku tak mahu dianggap merimaskan 

hati ku berdegup laju
tatkala foto mu dilihat
ku tak faham
adakah kerna aku ingin kamu?

semakin hari semakin aku mengenali mu
hanya sekadar teman biasa 
tapi sudah buat aku bahagia
pernah terlintas untuk lebih daripada biasa
tapi ku tak mahu kehilangan sahabat baru
lalu aku hanya simpan pendam perasaan ku..
biarlah sampai bila bila
aku takkan berhenti memujamu



Thursday, September 15, 2011

Pertemuan Pertama


"Aaa! Nak pakai apa ni? Esok nak jumpa dah!", aku berkata pada kawan sebilikku Ena. Sejak petang tadi habis diselongkar baju di almari. Esok hari istimewa buat aku. Buat pertama kali, esok aku akan berjumpa dengan seorang lelaki tampan yang aku minat!! Ena hanya tergelak melihat kelakuan aku. Ah! Tak kisah!

"Pakai ajela baju masa kite keluar aritu. Smart jugak, cuma jangan pakai kasut crocs tu aje lah", gelak Ena diakhir cadangannya itu. Aku terus mencapai jaket hitam dan baby tops kelabu itam itu dan menggaya nya di depan cermin. Kasut crocs memang pastilah aku tak pakai. Tak jadi cun lah. Rambut pulak aku baru aje potong pendek. Adeh. Macam mane nak nampak comel ni? Monolog aku sendiri.

Selain pandangan Ena, habis cousin dan kakak aku ditanya bertubi2. Mereka tau betapa excited nya aku tentang hari esok. Semua setuju aku berpakaian sebegitu. Nampak la sikit boyish tak ape. Dah memang begitu diri aku kan. Rakan2 lain pun support aku. Tak dapat dinafikan, jantung aku berdegup laju menunggu hari esok. Haih. Sabarlah hati. Esok kita jumpa ramai2. 

Sebelum tidur, abang sempat berpesan,"Esok kalau dia tak layan Ili, Ili buat biasa ajelah. Jangan nampak sangat nak bercakap dengan dia. kalau ada lelaki lain, borak aje dengan lelaki tu. okay? Gud Luck!."

Esoknya seawal 9 pagi aku dah bersiap2. Contact lens hitam da dipakai, mekap simple dan semua nya dah ready. 5minit aje perjalanan aku ke tempat yang dijanjikan. Tak sabar nya rasa. Hadiah pun sudah dibeli. Bukan satu, tapi dua. Satu untuk acara bertukar hadiah, satu lagi khas untuk si lelaki itu. Teddy bear comel itu aku pegang erat. Sengaja aku beli berpasangan. Satu utk dia, dan satu lagi haruslah aku punya. Aku beli untuk dia hijau. Sebab dia suka hijau. Aku punya pink. Nampak girly di situ. >__<

Sampai di tempat pertemuan, dia belum tiba. Ada beberapa rakan baru lain dah tiba.Tak apelah. Aku berkenalan dengan yang lain. Tak terasa kekok pun. Nasib baik aku ni peramah. Tiba2, datang dua lelaki dari belakang aku. Aku berpaling.

DIA. 

Baju hitam, segalanya hitam. Alamak! Dia senyum lah!!  Buat aku tersenyum sendiri dan malu tiba-tiba. Sedangkan jarak kami jauh. Aku pulak feeling cintan lebih kan..

Lama2, aku buat biasa. Cover nervous, walaupun dalam hati masa tu rasa nak menjerit dan cakap yang aku jumpa dia. (sungguh jakun la!).. Bila dah kenal2 dengan yang lain, dia duduk di hujung kanan. Aku di hujung kiri. Tapi bila bercakap, aku akan mengadap dia. Bertentangan la jugak. Semakin nervous aku jadinya. Nak cakap pun tak jadi sebab nampak dia. Adeh deh deh. Lagu hindustan aje aku dengar. Kuch Kuch Hotak hang!

Sedang menunggu rakan2 lain tiba, aku cuba curi2 tengok dia. Bila aku pusing je ke arah dia. Jeng Jeng Jeng! Eh? Dia tengah pandang sinilah!! Aku dah stuck ngadap dia. Alamak. Eh apa nak buat? Tengah kalut malu2 meow tu aku just senyum ajelah sebab dia tengah senyum. Then aku cepat2 tengok keluar! Berpaling dari dia. Aku rasa masa tu muka aku dah merah padam!!! 

Masa tu terus ligat otak aku fikir. Dia nampak ke? Dia tahu ke aku tengok dia? Kenapa dia tengah tengok aku? Dia tengok aku lagi tak eah? Nak tengok balik ke tak? Eh eh eh. Dah jangan perasan lah! Tapi hati bunga2 jugaklah. Muka dah senyum kambing sampai ke telinga. Heeeeeeee.

Tapi apa2 pun, that was the best day in my life. Meeting him. ♥



ada sambungan ke? tett~ 

Sunday, April 10, 2011

Air kelapa

"b, bby nak air kelapa tu!", tuding jari si Qaira ke tepi jalan. Haris terus melihat ke arah yang ditunjuk. Ada gerai air kelapa di simpang jalan. 

"nanti la kite beli ea baby? dah terlepas pulak," pujuk Haris sambil memegang kepala Qaira yang manja di sisi. Qaira hanya mengangguk dan tersenyum. Dia suka suka aje mintak. Haris tau Qaira tak berapa minat air kelapa. 

Di rumah, Qaira sibuk menyiapkan assignment. Haris di katil hanya perhatikan Qaira. Qaira pelajar universiti Tahun 2 dan Haris pula pekerja IT di TTDI.  Mereka menyewa bersama rumah itu dengan rakan2 Haris yang lain.

Sedang asyik Qaira menelaah, dia terdengar dengkuran kecil Haris. 

"b dah tidur." bisik hati Qaira. Segera Qaira mencium dahi Haris yang sudah lena kepenatan. Qaira mengusap2 dahi dan kepala Haris. Haris suka dibelai begitu. 

"B,bby sayang b sangat. Bby tak mahu berpisah lagi dengan B", ucap Qaira lembut. Dia malu kalau Haris dengar kata kata jiwang dia. Haris tau Qaira susah nak sebut perasaan. Begitu juga dia. Dua dua ego. 

Tapi Qaira bahagia. Dia tahu salah dia tinggal dengan Haris. Tanpa pengetahuan keluarga dan orang lain. Hanya mereka yang rapat aje tahu. Yelah. Haris sanggup datang kerja di KL kerana Qaira. Menyewa pun sebab Qaira. Tapi ramai tak tahu Haris begitu. Bagi mereka, Haris seorang panas baran. Kasar. Hanya kerana dia seorang 'Brother' di kawasan tempat tinggal mereka.

Bagi Qaira, Haris seorang yang sempurna di mata. Mungkin kerana cinta kata orang. tapi Qaira hanya senyap. Dia sudah lihat Haris di depan mata. Dah lama mereka mengenali antara satu sama lain. Dia tahu Haris bagaimana.

Tapi tak pernah hilang soalan di minda, "adakah Haris amat menyayangiku?"

Hari ni Qaira tinggal di rumah sewa dia berdekatan dengan U. Haris tiada untuk menghantar. Haris terpaksa pulang ke rumah keluarga. Dua hari tak berjumpa buat Qaira tak senang duduk. Dia dah terbiasa ada Haris di sisi dia. Manja. Itulah Qaira dengan Haris. 

Esoknya, 
"bby, b amek bby kejap lagi. Kita balek Puchong," tersenyum Qaira membaca mesej dari Haris. Sudah satu hari Qaira tak sihat. Rindu. Tapi dia tak mengadu pada Haris. 

Petang, masuk kereta dan salam Haris seperti biasa. Haris cium dahi Qaira dan merasa hangatnya badan Qaira. "bby demam ke?," tanya Haris. Qaira hanya sekadar tersenyum. "sikit aje lah," kata Qaira.

Sampai di Puchong, Qaira terus rebah di katil dan tertidur. Haris masuk ke bilik pun tidak dia sedar. Haris terus ke sisi Qaira. Dia dapat merasakan suhu badan Qaira meningkat. Panas. Risau Haris meningkat. Dikejutkan Qaira berkali-kali. Hanya nafas kecil Qaira kedengaran.

'Bby, bangun sayang. Kita pergi klinik?," pujuk Haris. Qaira menggeleng. Tak larat bangun, perlahan bisiknya. Haris menggelabah. tak pernah Qaira sakit sebegini. Dia serba salah tinggalkan Qaira. Mujur kawan rumah ada ubat-ubatan. Dia pula kerja syif petang hari ni.Balik sebelas malam. Takkan mahu MC? Tak lah. Dia baru kerja. Segera dia berpesan pada Abg Kyrul untuk menjaga Qaira.

Di Pejabat, Haris membuat kerja seperti biasa. Selang 2jam,dia akan telefon Kyrul untuk menanyakan Qaira. Kyrul sudah beri ubat pada Qaira. Moga2 demam Qaira kebah. Masih diingat, basah badan Qaira berpeluh sebab demam panas. Kasihan Qaira, Ingin dia teman Qaira. memeluk Qaira. Dia tahu Qaira mesti menangis sebab demam. Argh, cepatlah masa. Ingin ku menemani sayangku,keluh Haris.

Tepat sebelas malam, Haris memecut ke kereta. Telefon digenggam erat. Mesej pendek di hantar. "b otw balek". Harap Qaira sedang tidur nyenyak. 

Di simpang jalan, Haris terlihat gerai Air kelapa. teringat demam Qaira, Haris terus beli sebungkus. Qaira. Di fikiran nya hanya Qaira. 

Sampai dirumah, belum tombol pintu dipulas, Haris melihat bilik dia dan Qaira terang. 'eh, tak tidur ke?',getus hatinya. Kyrul muncul di pintu dan cakap, "suhu dah rendah sikit tu." Terus Haris masuk ke bilik.

Senyap. Qaira sedang berselubung.Lantas ke sisi. Ciuman di pipi mengejutkan Qaira. Mata Qaira basah. Menangis. "bb...," ngadu Qaira. Haris hanya tersenyum, dan memeluk Qaira. Menenangkan Qaira. 

"Bb belikan air kelapa untuk bby. By nak? B amek cawan jap ye sayang? Bby duduk dulu," pujuk Haris. Qaira yang seperti kanak kecil hanya menurut. Tiada apa yang diinginkan, selain dia dan Haris bersama. 

Sudah habis air kelapa, Haris menidurkan Qaira semula. Kali ini, Haris pula menyebut, "bb sayang bby.sangat2. tak ada orang lain yang bb sayang.kecuali bby.b risau bby sakit..". Qaira tersenyum dan terus tidur. Puas dengan kata2 dan perlakuan Haris. Haris miliknya. 

Kini, setahun sudah kejadian air kelapa itu. Tiada lagi Qaira di hati Haris. jauh terpisah. Qaira terus hidup tanpa Haris di sisi.

Qaira hanya melihat bungkusan air kelapa di tangan. Kerana seseorang itu, dia mengubah minatnya. Tersimpan erat kenangan air kelapa di minda. Selagi itulah, tersimpan erat cinta dia kepada Haris. Lelaki yang ego, kasar dimata orang lain, tapi sangat sayang akan dia, si Qaira. 

Terima kasih sayang.

'b,bby xpernah lupa b..kenangan kita, semua bby simpan. b ajar bby jadi kuat, bb ajar bby macam2 sebelum ni. 8tahun bb jage bby, bby hargai sangat2. semoga b bahagia. terima kasih jaga bby.terima kasih sangat2.'