Followers

Friday, September 23, 2011

teman biasa

Melihat dirimu dari jauh
sudah puas untuk diri ku
tersenyum melihat kau senyum
sedih melihat kau sedih
tersiksa bila kau sakit
tapi apa boleh aku lakukan
kita jauh antara satu sama lain

meski kita berbicara
hanya dua tiga kata sahaja 
itu sudah cukup buatku
kerna diri ku tak mahu dianggap merimaskan 

hati ku berdegup laju
tatkala foto mu dilihat
ku tak faham
adakah kerna aku ingin kamu?

semakin hari semakin aku mengenali mu
hanya sekadar teman biasa 
tapi sudah buat aku bahagia
pernah terlintas untuk lebih daripada biasa
tapi ku tak mahu kehilangan sahabat baru
lalu aku hanya simpan pendam perasaan ku..
biarlah sampai bila bila
aku takkan berhenti memujamu



Thursday, September 15, 2011

Pertemuan Pertama


"Aaa! Nak pakai apa ni? Esok nak jumpa dah!", aku berkata pada kawan sebilikku Ena. Sejak petang tadi habis diselongkar baju di almari. Esok hari istimewa buat aku. Buat pertama kali, esok aku akan berjumpa dengan seorang lelaki tampan yang aku minat!! Ena hanya tergelak melihat kelakuan aku. Ah! Tak kisah!

"Pakai ajela baju masa kite keluar aritu. Smart jugak, cuma jangan pakai kasut crocs tu aje lah", gelak Ena diakhir cadangannya itu. Aku terus mencapai jaket hitam dan baby tops kelabu itam itu dan menggaya nya di depan cermin. Kasut crocs memang pastilah aku tak pakai. Tak jadi cun lah. Rambut pulak aku baru aje potong pendek. Adeh. Macam mane nak nampak comel ni? Monolog aku sendiri.

Selain pandangan Ena, habis cousin dan kakak aku ditanya bertubi2. Mereka tau betapa excited nya aku tentang hari esok. Semua setuju aku berpakaian sebegitu. Nampak la sikit boyish tak ape. Dah memang begitu diri aku kan. Rakan2 lain pun support aku. Tak dapat dinafikan, jantung aku berdegup laju menunggu hari esok. Haih. Sabarlah hati. Esok kita jumpa ramai2. 

Sebelum tidur, abang sempat berpesan,"Esok kalau dia tak layan Ili, Ili buat biasa ajelah. Jangan nampak sangat nak bercakap dengan dia. kalau ada lelaki lain, borak aje dengan lelaki tu. okay? Gud Luck!."

Esoknya seawal 9 pagi aku dah bersiap2. Contact lens hitam da dipakai, mekap simple dan semua nya dah ready. 5minit aje perjalanan aku ke tempat yang dijanjikan. Tak sabar nya rasa. Hadiah pun sudah dibeli. Bukan satu, tapi dua. Satu untuk acara bertukar hadiah, satu lagi khas untuk si lelaki itu. Teddy bear comel itu aku pegang erat. Sengaja aku beli berpasangan. Satu utk dia, dan satu lagi haruslah aku punya. Aku beli untuk dia hijau. Sebab dia suka hijau. Aku punya pink. Nampak girly di situ. >__<

Sampai di tempat pertemuan, dia belum tiba. Ada beberapa rakan baru lain dah tiba.Tak apelah. Aku berkenalan dengan yang lain. Tak terasa kekok pun. Nasib baik aku ni peramah. Tiba2, datang dua lelaki dari belakang aku. Aku berpaling.

DIA. 

Baju hitam, segalanya hitam. Alamak! Dia senyum lah!!  Buat aku tersenyum sendiri dan malu tiba-tiba. Sedangkan jarak kami jauh. Aku pulak feeling cintan lebih kan..

Lama2, aku buat biasa. Cover nervous, walaupun dalam hati masa tu rasa nak menjerit dan cakap yang aku jumpa dia. (sungguh jakun la!).. Bila dah kenal2 dengan yang lain, dia duduk di hujung kanan. Aku di hujung kiri. Tapi bila bercakap, aku akan mengadap dia. Bertentangan la jugak. Semakin nervous aku jadinya. Nak cakap pun tak jadi sebab nampak dia. Adeh deh deh. Lagu hindustan aje aku dengar. Kuch Kuch Hotak hang!

Sedang menunggu rakan2 lain tiba, aku cuba curi2 tengok dia. Bila aku pusing je ke arah dia. Jeng Jeng Jeng! Eh? Dia tengah pandang sinilah!! Aku dah stuck ngadap dia. Alamak. Eh apa nak buat? Tengah kalut malu2 meow tu aku just senyum ajelah sebab dia tengah senyum. Then aku cepat2 tengok keluar! Berpaling dari dia. Aku rasa masa tu muka aku dah merah padam!!! 

Masa tu terus ligat otak aku fikir. Dia nampak ke? Dia tahu ke aku tengok dia? Kenapa dia tengah tengok aku? Dia tengok aku lagi tak eah? Nak tengok balik ke tak? Eh eh eh. Dah jangan perasan lah! Tapi hati bunga2 jugaklah. Muka dah senyum kambing sampai ke telinga. Heeeeeeee.

Tapi apa2 pun, that was the best day in my life. Meeting him. ♥



ada sambungan ke? tett~