Followers

Sunday, April 10, 2011

Air kelapa

"b, bby nak air kelapa tu!", tuding jari si Qaira ke tepi jalan. Haris terus melihat ke arah yang ditunjuk. Ada gerai air kelapa di simpang jalan. 

"nanti la kite beli ea baby? dah terlepas pulak," pujuk Haris sambil memegang kepala Qaira yang manja di sisi. Qaira hanya mengangguk dan tersenyum. Dia suka suka aje mintak. Haris tau Qaira tak berapa minat air kelapa. 

Di rumah, Qaira sibuk menyiapkan assignment. Haris di katil hanya perhatikan Qaira. Qaira pelajar universiti Tahun 2 dan Haris pula pekerja IT di TTDI.  Mereka menyewa bersama rumah itu dengan rakan2 Haris yang lain.

Sedang asyik Qaira menelaah, dia terdengar dengkuran kecil Haris. 

"b dah tidur." bisik hati Qaira. Segera Qaira mencium dahi Haris yang sudah lena kepenatan. Qaira mengusap2 dahi dan kepala Haris. Haris suka dibelai begitu. 

"B,bby sayang b sangat. Bby tak mahu berpisah lagi dengan B", ucap Qaira lembut. Dia malu kalau Haris dengar kata kata jiwang dia. Haris tau Qaira susah nak sebut perasaan. Begitu juga dia. Dua dua ego. 

Tapi Qaira bahagia. Dia tahu salah dia tinggal dengan Haris. Tanpa pengetahuan keluarga dan orang lain. Hanya mereka yang rapat aje tahu. Yelah. Haris sanggup datang kerja di KL kerana Qaira. Menyewa pun sebab Qaira. Tapi ramai tak tahu Haris begitu. Bagi mereka, Haris seorang panas baran. Kasar. Hanya kerana dia seorang 'Brother' di kawasan tempat tinggal mereka.

Bagi Qaira, Haris seorang yang sempurna di mata. Mungkin kerana cinta kata orang. tapi Qaira hanya senyap. Dia sudah lihat Haris di depan mata. Dah lama mereka mengenali antara satu sama lain. Dia tahu Haris bagaimana.

Tapi tak pernah hilang soalan di minda, "adakah Haris amat menyayangiku?"

Hari ni Qaira tinggal di rumah sewa dia berdekatan dengan U. Haris tiada untuk menghantar. Haris terpaksa pulang ke rumah keluarga. Dua hari tak berjumpa buat Qaira tak senang duduk. Dia dah terbiasa ada Haris di sisi dia. Manja. Itulah Qaira dengan Haris. 

Esoknya, 
"bby, b amek bby kejap lagi. Kita balek Puchong," tersenyum Qaira membaca mesej dari Haris. Sudah satu hari Qaira tak sihat. Rindu. Tapi dia tak mengadu pada Haris. 

Petang, masuk kereta dan salam Haris seperti biasa. Haris cium dahi Qaira dan merasa hangatnya badan Qaira. "bby demam ke?," tanya Haris. Qaira hanya sekadar tersenyum. "sikit aje lah," kata Qaira.

Sampai di Puchong, Qaira terus rebah di katil dan tertidur. Haris masuk ke bilik pun tidak dia sedar. Haris terus ke sisi Qaira. Dia dapat merasakan suhu badan Qaira meningkat. Panas. Risau Haris meningkat. Dikejutkan Qaira berkali-kali. Hanya nafas kecil Qaira kedengaran.

'Bby, bangun sayang. Kita pergi klinik?," pujuk Haris. Qaira menggeleng. Tak larat bangun, perlahan bisiknya. Haris menggelabah. tak pernah Qaira sakit sebegini. Dia serba salah tinggalkan Qaira. Mujur kawan rumah ada ubat-ubatan. Dia pula kerja syif petang hari ni.Balik sebelas malam. Takkan mahu MC? Tak lah. Dia baru kerja. Segera dia berpesan pada Abg Kyrul untuk menjaga Qaira.

Di Pejabat, Haris membuat kerja seperti biasa. Selang 2jam,dia akan telefon Kyrul untuk menanyakan Qaira. Kyrul sudah beri ubat pada Qaira. Moga2 demam Qaira kebah. Masih diingat, basah badan Qaira berpeluh sebab demam panas. Kasihan Qaira, Ingin dia teman Qaira. memeluk Qaira. Dia tahu Qaira mesti menangis sebab demam. Argh, cepatlah masa. Ingin ku menemani sayangku,keluh Haris.

Tepat sebelas malam, Haris memecut ke kereta. Telefon digenggam erat. Mesej pendek di hantar. "b otw balek". Harap Qaira sedang tidur nyenyak. 

Di simpang jalan, Haris terlihat gerai Air kelapa. teringat demam Qaira, Haris terus beli sebungkus. Qaira. Di fikiran nya hanya Qaira. 

Sampai dirumah, belum tombol pintu dipulas, Haris melihat bilik dia dan Qaira terang. 'eh, tak tidur ke?',getus hatinya. Kyrul muncul di pintu dan cakap, "suhu dah rendah sikit tu." Terus Haris masuk ke bilik.

Senyap. Qaira sedang berselubung.Lantas ke sisi. Ciuman di pipi mengejutkan Qaira. Mata Qaira basah. Menangis. "bb...," ngadu Qaira. Haris hanya tersenyum, dan memeluk Qaira. Menenangkan Qaira. 

"Bb belikan air kelapa untuk bby. By nak? B amek cawan jap ye sayang? Bby duduk dulu," pujuk Haris. Qaira yang seperti kanak kecil hanya menurut. Tiada apa yang diinginkan, selain dia dan Haris bersama. 

Sudah habis air kelapa, Haris menidurkan Qaira semula. Kali ini, Haris pula menyebut, "bb sayang bby.sangat2. tak ada orang lain yang bb sayang.kecuali bby.b risau bby sakit..". Qaira tersenyum dan terus tidur. Puas dengan kata2 dan perlakuan Haris. Haris miliknya. 

Kini, setahun sudah kejadian air kelapa itu. Tiada lagi Qaira di hati Haris. jauh terpisah. Qaira terus hidup tanpa Haris di sisi.

Qaira hanya melihat bungkusan air kelapa di tangan. Kerana seseorang itu, dia mengubah minatnya. Tersimpan erat kenangan air kelapa di minda. Selagi itulah, tersimpan erat cinta dia kepada Haris. Lelaki yang ego, kasar dimata orang lain, tapi sangat sayang akan dia, si Qaira. 

Terima kasih sayang.

'b,bby xpernah lupa b..kenangan kita, semua bby simpan. b ajar bby jadi kuat, bb ajar bby macam2 sebelum ni. 8tahun bb jage bby, bby hargai sangat2. semoga b bahagia. terima kasih jaga bby.terima kasih sangat2.'


4 comments:

♥ 미스 kiera ♥ said...

hai,..nice cerpen..
jum ke blog saya!.

Anonymous said...

haris tu mati ke?

Unknown said...

Best Entry Ni
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.

http://fahmiefiras.blogspot.com/

Mra Mastura said...

haris dgn qaira da clash.